Tuesday 11 June 2013

 LAMANYEEEEEEEEEEEEEEE................................

assalamualaikum wtb.....
YA ALLAH lamanya rasa tak buka blog sendiri. dah berabuk...huhuhuhu
Alhamdulillah...aku sekarang meneruskan jihad dalam menuntut ilmu di bumi Sg Buloh. Di Kolej Sains Kesihatan BErsekutu Sg BUloh dalam kursus Diploma Kesihatan Persekitaran. In Sha Allah, bakal menjadi Pen. Peg Kesihatan Persekitaran kalau diizinkan oleh-NYA...

nie la logo KSKB Sg Buloh

Wednesday 19 December 2012

INDAHNYA SABAR

Sabar, sabar, dan sabar
Tika datangnya ujian buat diri ini,
 Kataku pada diri,
YA ALLAH,
Andai ujian ini menjadi penghapus dosa -dosaku, aku redha
Andai ujian ini sebagai hukuman kepadaku atas semua kelalaiaku kepadaMu
Aku redha
Satu yang ku pinta
Tetapkan imanku, istiqamahkan diriku,bimbinglah diriku,tuntunilah langkahku,bersihkan jiwaku.
jauhkan prasangka dalam diriku.
YA ALLAH
Kasih sayang Mu pada hambaMu yang lemah ini sangatlah banyak YA ALLAH
tak terhitung jumlahnya
Tika aku tidak punya sesiapa, KAU tetap setia disisi, Kau selalu ada untukku, Kau mendengar segala rintihanku, Kau mendengar keluh kesahku, Kau selalu ada walaupun aku kadang kala selalu lalai dalam mengingatiMu.

Sunday 24 June 2012

ASSALAMUALAIKUM,
ALHAMDULILLAH,syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izin dan kurnia- NYA dapat aku meneruskan pengajian di UPSI ini unuk semester yang ketiga. bermulalah perjuangku untuk menuntut ilmuMU YA ALLAH. KAU permudahkanlah segala urusanku sepanjang semester ini. Berilah aku kekuatan untuk aku menempuh segala cabaran dan rintangan di sini YA ALLAH.
KAU berkatilah segala ilmu yang aku pelajari di sini, KAU bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segala ilmu dan pelajaran sepanjang di sini.Sesungguhnya semua yang berlaku adalah atas kehendak-MU YA ALLAH. AMIN

Wednesday 23 November 2011

semester baru

ASSALAMUALAIKUM
dah hampir seminggu di upsi..dah start belajar untuk sem 2 nie...so far ok la...seterusnya aku x tau lgi....
sem nie kn ambk 7 subjek...ok la sikit dari sem lps yg ambk 9 subjek.....huhuhuhu
nmpaknya aku truskan juga pengajian aku kt cni..ingatkn ada rezeki kt len....tp rancangan ALLAH adalah yg terbaik kan untuk hambaNYA.....so aku reda je...........semoga ALLAH kuatkan semangatku untuk teruskan hidup ini dan berjihad di jalanMU.......

Saturday 8 October 2011

YA ALLAH.....................

YA ALLAH........
AKU INSAN YANG LEMAH
AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH 
KURNIAKAN AKU SEORANG SAHABAT YANG DAPAT MEMBIMBING AKU KE JALAN-MU
AKU RINDUKANNYA ALLAH
TELAH RAMAI YANG KU TEMUI
KEBANYAKAN NYA HANYA KAWAN APABILA SENANG SAHAJA
YA ALLAH
AKU INGINKAN SAHABAT YANG BERSAMAKU DIKALA SUSAH DAN SENANG
YANG DAPAT KETAWA DAN MENANGIS BERSAMAKU TATKALA SUKA DAN DUKA
YANG DAPAT MENYEDARKANKU KETIKA AKU LALAI UNTUK MENGINGATI-MU
YANG DAPAT BERKONGSI SEGALA KEPAHITAN.KEGEMBIRAAN.DAN KESEDIHAN
YANG PENTING DIA DAPAT MENERIMA DIRI INI SEADANYA
DAPAT MENERIMA KEKURANGAN DIRI INI,HAMBA-MU YANG SANGAT LEMAH
BAGIKU SAHABAT SEJATI TIADA RAHSIA ANTARA MEREKA
MEREKA SEOLAH-OLAH BERKONGSI HATI,JIWA DAN PERASAAN

YA ALLAH AKU SANGAT-SANGAT RINDUKANNYA 
BERIKAN AKU PETUNJUK YA ALLAH
AGAR DAPAT KUTEMUI SAHABAT YANG CINTAKAN-MU MELEBIHI SEGALANYA 
SUPAYA DAPAT DIA MENCINTAI SAHABATNYA KERANA-MU
SUPAYA DAPAT KU PERBAIKI DIRI INI YANG SERBA KEKURANGAN....
AKU RINDUKAN SAHABAT SEJATI
BILAKAH DAPAT KUTEMUI???????????

Monday 12 September 2011

The Gift of Friendship

Friendship is a priceless gift
That cannot be bought or sold
Or exchange with gold or diamonds
For its value is for greater
Than the sky of gold
        Gold cannot bring you comfort
        Or extend a helping hand
        For it is cold and lifeless
        It can neither see or hear
        And in time of trouble
        It is powerless to share
For it has......
No ears to listen
No eyes to see
No heart to understand
        So when you ask someone to gift
        Be thankful if he sends
        Not diamonds,pearls,jade or friendship
        In his hands..........

Monday 5 September 2011

mohonlah pertolomgan dari ALLAH S.W.T....

MOHON MUDAH HAFAL ILMU

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (daripada mereka berdua). Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami mudahkan gunung-gunung dan unggas memuji kami bersama Nabi Daud
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Wahai Tuhan yang hidup; wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya; wahai Tuhan Nabi Musa; wahai Tuhan Nabi Harun; wahai Tuhan Nabi Ibrahim; wahai Tuhan Nabi Muhammad, muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman
dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-nama Mu wahai Tuhan Yang Mulia; Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat baginda sekalian.

MOHON TERBUKA HATI DAN MEMAHAMI ILMU

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku
daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kerahmatan, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berikanlah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan dan
mudahkanlah bagiku pintu kurniaan Mu, wahai Yang Maha Penyayang.



MOHON TIDAK LUPA ILMU

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan hafalan rasul dan ilham kalangan malaikat yang hampir (dengan Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukakanlah hatiku seperti orang yang arif.

Ya Allah. Aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu mengenai sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku
kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu mengenai diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

DOA BELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan ilham kalangan malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.