Sunday, 24 June 2012

ASSALAMUALAIKUM,
ALHAMDULILLAH,syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izin dan kurnia- NYA dapat aku meneruskan pengajian di UPSI ini unuk semester yang ketiga. bermulalah perjuangku untuk menuntut ilmuMU YA ALLAH. KAU permudahkanlah segala urusanku sepanjang semester ini. Berilah aku kekuatan untuk aku menempuh segala cabaran dan rintangan di sini YA ALLAH.
KAU berkatilah segala ilmu yang aku pelajari di sini, KAU bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segala ilmu dan pelajaran sepanjang di sini.Sesungguhnya semua yang berlaku adalah atas kehendak-MU YA ALLAH. AMIN

Wednesday, 23 November 2011

semester baru

ASSALAMUALAIKUM
dah hampir seminggu di upsi..dah start belajar untuk sem 2 nie...so far ok la...seterusnya aku x tau lgi....
sem nie kn ambk 7 subjek...ok la sikit dari sem lps yg ambk 9 subjek.....huhuhuhu
nmpaknya aku truskan juga pengajian aku kt cni..ingatkn ada rezeki kt len....tp rancangan ALLAH adalah yg terbaik kan untuk hambaNYA.....so aku reda je...........semoga ALLAH kuatkan semangatku untuk teruskan hidup ini dan berjihad di jalanMU.......

Saturday, 8 October 2011

YA ALLAH.....................

YA ALLAH........
AKU INSAN YANG LEMAH
AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH 
KURNIAKAN AKU SEORANG SAHABAT YANG DAPAT MEMBIMBING AKU KE JALAN-MU
AKU RINDUKANNYA ALLAH
TELAH RAMAI YANG KU TEMUI
KEBANYAKAN NYA HANYA KAWAN APABILA SENANG SAHAJA
YA ALLAH
AKU INGINKAN SAHABAT YANG BERSAMAKU DIKALA SUSAH DAN SENANG
YANG DAPAT KETAWA DAN MENANGIS BERSAMAKU TATKALA SUKA DAN DUKA
YANG DAPAT MENYEDARKANKU KETIKA AKU LALAI UNTUK MENGINGATI-MU
YANG DAPAT BERKONGSI SEGALA KEPAHITAN.KEGEMBIRAAN.DAN KESEDIHAN
YANG PENTING DIA DAPAT MENERIMA DIRI INI SEADANYA
DAPAT MENERIMA KEKURANGAN DIRI INI,HAMBA-MU YANG SANGAT LEMAH
BAGIKU SAHABAT SEJATI TIADA RAHSIA ANTARA MEREKA
MEREKA SEOLAH-OLAH BERKONGSI HATI,JIWA DAN PERASAAN

YA ALLAH AKU SANGAT-SANGAT RINDUKANNYA 
BERIKAN AKU PETUNJUK YA ALLAH
AGAR DAPAT KUTEMUI SAHABAT YANG CINTAKAN-MU MELEBIHI SEGALANYA 
SUPAYA DAPAT DIA MENCINTAI SAHABATNYA KERANA-MU
SUPAYA DAPAT KU PERBAIKI DIRI INI YANG SERBA KEKURANGAN....
AKU RINDUKAN SAHABAT SEJATI
BILAKAH DAPAT KUTEMUI???????????

Monday, 12 September 2011

The Gift of Friendship

Friendship is a priceless gift
That cannot be bought or sold
Or exchange with gold or diamonds
For its value is for greater
Than the sky of gold
        Gold cannot bring you comfort
        Or extend a helping hand
        For it is cold and lifeless
        It can neither see or hear
        And in time of trouble
        It is powerless to share
For it has......
No ears to listen
No eyes to see
No heart to understand
        So when you ask someone to gift
        Be thankful if he sends
        Not diamonds,pearls,jade or friendship
        In his hands..........

Monday, 5 September 2011

mohonlah pertolomgan dari ALLAH S.W.T....

MOHON MUDAH HAFAL ILMU

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (daripada mereka berdua). Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami mudahkan gunung-gunung dan unggas memuji kami bersama Nabi Daud
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Wahai Tuhan yang hidup; wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya; wahai Tuhan Nabi Musa; wahai Tuhan Nabi Harun; wahai Tuhan Nabi Ibrahim; wahai Tuhan Nabi Muhammad, muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman
dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-nama Mu wahai Tuhan Yang Mulia; Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat baginda sekalian.

MOHON TERBUKA HATI DAN MEMAHAMI ILMU

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku
daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kerahmatan, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berikanlah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan dan
mudahkanlah bagiku pintu kurniaan Mu, wahai Yang Maha Penyayang.



MOHON TIDAK LUPA ILMU

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan hafalan rasul dan ilham kalangan malaikat yang hampir (dengan Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukakanlah hatiku seperti orang yang arif.

Ya Allah. Aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu mengenai sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku
kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu mengenai diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

DOA BELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan ilham kalangan malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

renungan buat semua wanita..............

Untuk membentuk bibir yg menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yg indah, carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yg langsing, bagilah makanan kpd mereka yg kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yg indah, mintalah anak kecil utk menyisirnya dgn jemari pd setiap hari. Untuk membentuk sikap tubuh yg indah, berjalnlah dgn segala ilmu pngetahuan dan anda tidak akn pernah berjalan sendiri.

Manusia yg melebihi makhluk ciptan Allah yg lain. Ia perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jd jgn pernah kecilkan seseorang di hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akn ada tangan yg menghulur. Dan dgn bertambhnya usia anda, anda akn semakin mensyukuri kerana tlh diberi 2 tangan, satu utk menolong diri anda sendiri dan satu lg utk org lain..

Kecantikan wanita bkn terletak pd pakaian yg dikenaknan, bkn pd bentuk tubuh atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pd mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hti manusia, di mana cinta akn dpt berkembang.

Kecantikan wanita juga bkn pd kehalusan raut wajahnya. Tetapi pd kecantikan yg murni, terpancar pd jiwanya, yg penuh dgn kasih syg, memberikan perhatian dan cinta yg diberikan. Dan sbg seorg wanita, kita tdk harus membanggakan kecantikan yg kita miliki..

- Renung-renungkan lah dan Selamat beramal... huhu-

Tuesday, 23 August 2011

renungan bersama...................

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. “Lihat cawan itu,” kata si nenek kepada suaminya. “Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
“Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, ‘Belum !’ Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi.
Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, ‘Belum !’ Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.
 Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ‘ Belum !’ Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.
 Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sinar tatkala kulihat diriku.” Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.
Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi ‘cantik’.
Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).
WAllahu a’lam