Monday, 5 September 2011

renungan buat semua wanita..............

Untuk membentuk bibir yg menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yg indah, carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yg langsing, bagilah makanan kpd mereka yg kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yg indah, mintalah anak kecil utk menyisirnya dgn jemari pd setiap hari. Untuk membentuk sikap tubuh yg indah, berjalnlah dgn segala ilmu pngetahuan dan anda tidak akn pernah berjalan sendiri.

Manusia yg melebihi makhluk ciptan Allah yg lain. Ia perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jd jgn pernah kecilkan seseorang di hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akn ada tangan yg menghulur. Dan dgn bertambhnya usia anda, anda akn semakin mensyukuri kerana tlh diberi 2 tangan, satu utk menolong diri anda sendiri dan satu lg utk org lain..

Kecantikan wanita bkn terletak pd pakaian yg dikenaknan, bkn pd bentuk tubuh atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pd mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hti manusia, di mana cinta akn dpt berkembang.

Kecantikan wanita juga bkn pd kehalusan raut wajahnya. Tetapi pd kecantikan yg murni, terpancar pd jiwanya, yg penuh dgn kasih syg, memberikan perhatian dan cinta yg diberikan. Dan sbg seorg wanita, kita tdk harus membanggakan kecantikan yg kita miliki..

- Renung-renungkan lah dan Selamat beramal... huhu-

Tuesday, 23 August 2011

renungan bersama...................

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. “Lihat cawan itu,” kata si nenek kepada suaminya. “Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
“Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, ‘Belum !’ Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi.
Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, ‘Belum !’ Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.
 Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ‘ Belum !’ Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.
 Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sinar tatkala kulihat diriku.” Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.
Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi ‘cantik’.
Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).
WAllahu a’lam

Sunday, 31 July 2011

Berkata Al-Qamah kepada Puteranya

Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut.



1) Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu e2 akan cuba
melakukan sesuatu untuk mnghilangkan & meringankan bebanmu.


2) Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu e2 maka akan segera dia akan mengusahakannya
3) Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu e2 akan turut membantu dengan memberikan pandangannya
4) Jika bercakap dengan temanmu e2 dia akn mmbenarkan kata2 mu e2
5) Jika temanmu melihat sesuatu yg x baik dari perbuatan
atau perkataanmu maka dia akan menutupinya

6) Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu naka ia akan membalas dgn baik pertalian persahabatan e2

7) Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada
temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali

8) Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah
menyebutnya selalu.


9) Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta
sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu

10) Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka dia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu e2.

Ai / Mohabbat / Mahabbah / Love / Sarang / Cinta

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu bapa,
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada Kecemerlangan
Mari kita bersama Cinta 5 perkara

Hati apabila ditautkan dengan perasaan cinta, secara tidak langsung perasaan kasih & sayang e2 akan timbul. Tetapi, jika adanya perasaan kasih & sayang e2, x semestinya akan melahirkan perasaan cinta. cinta hanya layak disandarkan kepada seseorang yang telah ditentukan jodohnya oleh Allah untuk kita....

Ya allah..
jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..

Ya rabbi...
jika aku jatuh hati..
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu..
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..

Ya rabbul izzati..
jika aku rindu..
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu..

Ya rafi'..
jika aku menikmati cinta hambamu
jangalah kenikmatan itu..
melebihi nikmatnya bermunajat kepadamu..

Ya mu'iz..
jika aku jatuh hati pada hambamu..
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalan menyeru manusia kepadamu..

Ya'azim..
jika aku merindui hambamu..
jangan biarkan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadamu...

Ya allah..
berilah aku mencintai orang yang beriman..
dan berilah orang yang beriman mencintaiku..

amin ya rabbal alamin..

Cinta yang kekal abadi hanyalah cinta kepadaNya. Tiada kekecewaan apabila kita bercinta denganNya kerana di dalam percintaan denganNya, rahmat kasih sayang dan belas kasihanNya x terhingga. Dia juga tidak akan pernah memungkiri janji-janjiNya kepada kita walaupun kita sering memungkiri janji-janji kita. Adakah kita sedar bahawa setiap hari, 5 kali kita berjanji dengaNya, tetapi kita akan memungkiri janji e2 selesai sahaja janji2 e2 kita lafazkan. Namun, Dia tetap membantu kita apabila kita di dalam kesusahan dan apabila kita menyerahkan hidup kita ini hanya kepadaNya. Itulah cinta sejati dan akan kekal abadi...

Cintai manusia, manusia akan mati
Cintai bunga, bunga akan layu
Cintai harta, harta ditinggal pergi
Cintailah ilahi kerana ia adalah cinta yg kekal abadi...

* Put your trust to Allah because He never failed what He had promised to His servants*

SALAM RAMADHAN

Hari nie dah 1 ramadhan. cepatnya masa berlalu dah nak habis pun tahun nie..tahun nie kali pertama aku berpuasa jauh dari keluarga. Ya ALLAH rindunya nk berpuasa dengan family,nk berbuka sma2,nk sahur sama2.nk masak dengan mak petang2...sabar2 nie semua dugaan untuk beroleh kejayaan.Insyaallah...
semoga ramadhan tahun nie lbh baik dari tahun sebelumnya...dan dpt bt ibadat sebnyk yang mungkin..
semoga ALLAH mempermudahkan segala urusanku..amin.....

Saturday, 30 July 2011

salam..alhamdulillah......dah selamat balik khar....bermulalah kehidupan sbgai pelajar untuk pertghan sem 1 nie...semga apa yang aku lakukan akan dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH SWT...amin..

Friday, 29 July 2011

Assalamualaikum

.....Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi 
hanya ALLAH yang tahu rahsia didalamnya,begitu juga dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa... 
tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya, 
jika engkau rasa kecewa,lihatlah ke sungai,airnya masih mengalir walaupun berjuta batu menghalang,
jika engkau rasa sedih,pandanglah ke langit,engkau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu..
jika engkau rasa gembira,bersujudlah ke bumi tempatmu berpijak,,
sebagai tanda syukurmu kepada-NYA.....